Ticker

6/recent/ticker-posts

Perlindungan Percuma Kepada Golongan Susah (Kerajaan Tanggung)

Dalam beberapa minggu lepas, ketika saya mencari maklumat dalam internet menggunakan enjin carian Google, macam biasa, saya terjumpa satu inisiatif kerajaan yang dinamakan sebagai Perlindungan Tenang. Oleh kerana saya tidak pernah tahu apa-apa pun tentang perkara ini, maka pautan tersebut pun saya buka untuk tahu lebih lanjut memandangkan tidak pernah muncul di garis masa media sosial saya meskipun telah mengikuti banyak halaman berita bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Setelah ditelaah satu per satu, barulah saya faham bahawa program ini ditaja oleh kerajaan dan bekerjasama dengan beberapa pengendali takaful/insurans untuk rakyat yang layak. Manakala mengikut laman web yang disediakan, program ini telah berjalan sejak tahun lepas lagi (2021). Yang peliknya ramai tidak sedar tentang perkara ini termasuk saya. Sangat merugikan terutamanya kepada mereka yang layak. 

Jika berlaku kematian atau cacat kekal disebabkan kemalangan dan kita pula daripada latarbelakang orang susah, perkara ini sangat bermakna. Sekurang-kurangnya apabila kita sertainya, dapatlah menebus manfaat perlindungan yang kita sertai daripada tidak mendapat apa-apa. Contohnya seperti produk Takaful myTenang Care oleh Takaful Malaysia yang memberikan manfaat perlindungan sehingga RM23,000. Perkara ini dapatlah juga mengurangkan beban waris yang kita tinggalkan apabila ditimpa musibah.

Siapa yang layak menebus:

Cara untuk semak kelayakan, pergi ke laman web MyPTV:
Jika layak, boleh terus ke laman web MyCoverage. Di sana, ada pelbagai produk boleh dipilih kerjasama beberapa syarikat takaful/insurans. Sebagai orang Islam, pilihlah takaful.
Ada yang jenis boleh sertai secara dalam talian macam:
Ada yang boleh di kaunter yang terlibat sahaja macam:
Ada juga yang boleh kedua-duanya seperti:
Ikutlah keselesaan masing-masing namun bagi orang pemalas seperti saya sudah tentulah akan pilih dalam talian kerana malas keluar rumah. Bagaimanapun saya tidak layak, tetapi isteri saya layak. Oleh itu, saya memilih Takaful Malaysia sebagai perlindungan kerana bayarannya tepat-tepat RM75 seperti yang ditanggung oleh kerajaan. Jadi, tidak ada sebarang tambahan dan tidak ada sebarang pengurangan.

Berikut kronologi saya. Setelah isi segala maklumat, emel akan diberikan mengatakan ambil masa sehingga 7 hari untuk diproses.
Automatik profil kita akan dicipta untuk laman web:
Penyertaan takaful berjaya:
Dapat sekali e-sijil:
Boleh buat penamaan dalam laman web untuk memudahkan waris berurusan jika berlaku apa-apa kepada orang yang dilindungi:
Semak betul atau tidak sudah berjaya proses penamaan dalam web mereka:


Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya. Semoga memberi manfaat kepada pembaca dan diharap dapat disebarkan program ini kepada semua supaya masing-masing mendapat perlindungan asas daripada tidak mendapat apa-apa.

Rujukan:
1. MOF

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement