Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara 'Scammer' Manipulasi Anda

Sebelum ini, persoalan peribadi saya apabila ada orang kata akaun bank dia kena hack, ialah bagaimana pihak penipu mampu mendapatkan nombor TAC atau pun OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon kita sendiri ke dalam telefon yang kita sendiri pegang.

Persoalan saya terjawab apabila seorang perunding takaful yang terkena tipu telah berkongsi dalam hantarannya secara terperinci bagaimana beliau tersilap pandang, lantas tertipu. Pihak penipu yang kita maksudkan ini ialah golongan bijak pandai.

Kerana mereka pandai membuat aplikasi telefon terutamanya dalam operasi Android. Mereka juga bijak memastikan kita sendiri yang muat turun, kita sendiri yang pasang dalam telefon, kita sendiri berikan kebenaran dalam tetapan telefon, dan kita sendiri yang isi maklumat peribadi dalam aplikasi itu.

Jadi, ada dua kemahiran:

1. Social engineering

2. Apps programming


Social engineering:

Bijak memperdaya mangsa supaya kita sendiri yang lakukan semuanya.


Apps programming:

Pandai buat aplikasi yang nampak macam biasa, boleh simpan setiap huruf yang pengguna masukkan dan boleh baca SMS dalam telefon.



Macam mana hendak elak tertipu? Perlu ada pengetahuan dan kesedaran sendiri.

Boleh juga tonton video saya: https://youtu.be/C05krL1L97U


Selain itu, di sebalik sindiket ini ada beberapa lapisan keldai akaun yang telah bersedia untuk memindahkan wang dari satu akaun ke akaun lain. Kerana itulah biasanya kes melibatkan penipu profesional ini, pihak polis tidak boleh memulangkan wang kepada mangsa. Contohnya mangsa ialah A. Wang dari akaun A akan dipindahkan ke akaun keldai B. Keldai B pula pindah kepada C dan C pindahkan ke D sampailah ke beberapa lagi akaun keldai lain sehinggakan sukar untuk pihak berkuasa mengesan pergerakan wang itu.


Daripada itulah kenapa keldai akaun adalah satu kesalahan serius. Sebab kita membiarkan akaun kita digunakan oleh penipu untuk mencuri wang orang lain, walaupun kita tidak terlibat langsung dengan aktiviti tersebut. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement