Ticker

6/recent/ticker-posts

Benarkah banyak bertanya lemah iman seseorang

Assalamualaikum,
melihatkan tajuk di atas saya sudah lama mendengar kata-kata "barangsiapa banyak bertanya maka lemahlah imannya".Kata-kata ini biasanya di katakan oleh guru-guru kepada anak-anak murid mereka kerana biasanya mereka tidak mahu anak murid mereka mempersoalkan kredibiliti mereka sebagai seorang guru.Ini dapat di lihat bahawa murid yang selalu menyoal guru berkemungkinan meragui kedudukan gurunya dan sebab itu lah anak murid itu selalu melontarkan soalan yang mungkin mencabar pada si guru untuk menjawabnya.Dan oleh sebab itu lah,kata-kata ini selalu di terapkan ke dalam minda anak-anak murid supaya mereka diam dan menurut kata sahaja.

Dalam hal ini, saya kurang bersetuju dengan kata-kata ini.Walaupun jika di lihat dari sudut adab menuntut ilmu,ianya adalah perbuatan yang munasabah tapi saya tetap kurang bersetuju.Ini kerana, murid mempunyai hak untuk bertanya kepada guru mereka soalah yang bermain di fikiran mereka.Jika mereka di tegah dari bertanya, berkemungkinan mereka akan salah faham dan akan membuat interpretasi mereka sendiri.Hal ini akan mengakibatkan situasi yang lebih teruk kerana di khuatiri apa yang di ajarkan kepada mereka akan di olah menjadi satu ilmu yang lain dan sesat.

Dalam hadits nabi SAW disebutkan:
“Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, guru-guru yang tidak mahu di persoalkan sering mengguna hadis ini untuk mengelak di tanya oleh anak murid mereka.Mereka(guru-guru) mengatakan iman seseorang itu akan kurang jika selalu bertanya dan hendaklah diam.Dan timbullah ayat "barangsiapa banyak bertanya maka lemahlah imannya".

Namun begitu, hadis ini tidak sesuai untuk di gunakan dalam hal yang kita bincangkan ini.Ini kerana hadis ini adalah termasuk dalam adab berbicara bukan adab menuntut ilmu secara khususnya.Benar, dalam berbicara hendaklah kita berkata perkataan yang baik-baik sahaja ataupun diam jika tidak kita bukan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Setiap orang mempunyai hak untuk mempersoalkan seseorang sebelum berguru dengannya.Jika hanya mendengar setiap butir kata yang di ucapkan gurunya tanpa menyelidiknya terlebih dahulu maka nyatalah dia antara golongan mereka yang taksub.Bukan kita hendak memperlekehkan kredibiliti dan kedudukan guru kita, cuma perlulah di nyatakan dari mana sumber yang mereka perlolehi dan dari mana datangnya dalil-dalil dan nas-nas.
Jadi para guru sepatutnya berlapang dada dalam menerima pelbagai persoalan muridnya, bukan menghalang muridnya dari memberi persoalan secara totalnya.Jika benar apa yang di ajarkan oleh guru tersebut maka sepatutnya boleh di jawab, dan di sangkal jika terdapat perbezaan pendapat/fahaman dengan hujah-hujah yang kukuh.Hal ini dapat menunjukkan kepada murinya bahawa dia mempunyai kredibiliti seorang guru yang unggul.

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement