Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Tukar Cermin Depan Kereta

 Salam Sejahtera,


Sepanjang 20 lebih tahun hidup, kebanyakan masa saya bergerak sendiri menggunakan motorsikal dan pengangkutan awam. Jika menaiki kereta pun, saya hanyalah menjadi penumpang. Malah, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja saya memandu kereta setelah mendapat lesen pandu kereta.

Tetapi memandangkan saya mula mendirikan rumahtangga, perlulah membeli sebuah kereta. Disebabkan kerana ingin pasangan selamat berbanding jika hanya bergantung pada motorsikal sahaja untuk pergi ke satu destinasi.

Nasib menyebelahi saya kerana kebetulan kakak ipar saya mempunyai sebuah kereta jenama Perodua model Viva yang tidak lagi digunakan. Beliau menjualkannya kepada saya secara bayaran ansuran, tambah lagi bernasib baik. Jika beli dari penjual kereta terpakai, biasanya hanya terima tunai sahaja dan kalau ansuran pun akan di biayai oleh syarikat kredit. Hutang dengan kedai pun sukar untuk dapat dan jika dapat sekalipun kadar bunganya sangat tinggi serta pembiayaan tidak patuh syariah.


Kereta Viva itu datang dengan cermin hadapan yang retak. Tetapi saya tidak kisah kerana kakak ipar saya pun jual pada saya pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran untuk model Elite 1.0 yang rata-ratanya mencecah belasan ribu.

Dipendekkan cerita, saya terlebih dahulu bertanyakan kepada dua buah kedai cermin kereta bagaimanakah prosedur untuk membuat tuntutan takaful bagi menampung kos menukar cermin. Kedua-duanya memberikan jawapan yang sama iaitu, apabila kita telah menukar syarikat insurans/takaful sebelum ini, kita perlu membuat laporan polis jika mahu buat tuntutan. 

Namun pada saya cara itu tidak berapa kena kerana keretakan cermin itu telah ada sebelum saya perbaharui perlindungan takaful lagi. Jadi saya pun berkeputusan untuk menggunakan duit sendiri sahaja. Kedai pertama yang saya tanya harganya ialah RM500 termasuk pemasangan penghalang haba (tinted).


Tetapi saya terjumpa pula satu kedai ini di Facebook Marketplace yang jauh lebih murah dan harganya termasuk datang ke rumah bersama 'tinted' iaitu RM380 sahaja. Jauh beza RM120. Kedainya ialah Nz Mobile Windscreen (Google Maps).

Pada mulanya saya datang ke kedai mereka tetapi waktu itu tiada orang di sana. Staf itu meminta saya supaya tunggu sahaja di rumah dan mereka akan datang kerana ketika itu ada kerja di luar kedai. Setelah berkongsi alamat di Whatsapp, dalam waktu yang dijanjikan mereka pun sampai dan terus membuat kerja di lokasi rumah saya.
Kebetulan pula cuaca agak berangin dan tidak terik ketika itu sesuai untuk buat kerja di luar memandangkan kawasan perumahan tiada parkir berbumbung.
Cermin ini ada jaminan waranti dari segi kebocoran angin atau pun air. Tetapi keretakan cermin tidak termasuk dalam waranti yang kedai ini janjikan.

Setelah siap, saya membayar dengan cara 'bank transfer' ke akaun kedai ini.

Apa pun, ini ialah satu pengalaman yang menarik. Kerana bukan setiap hari kita tukar cermin kereta dan mendapat servis yang baik dengan harga berpatutan. Selepas ini, jika berlaku kerosakan saya akan membuat tuntutan takaful walaupun perlu buat laporan polis. Kerana saya sudah tukar sendiri baru dan bukan sengaja rosakkan semata-mata untuk dapatkan tuntutan takaful.

Pesanan kepada pembaca ialah elakkan menukar tanpa keperluan perlindungan takaful kereta. Jika sebelum ini bayar pada satu syarikat, kekalkan sahaja. Namun, jika sebelum ini insurans dan mahu tukar ke takaful, itu lebih digalakkan kerana mengikut tuntutan Islam (Baca mengenai fatwa insurans).








Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement