Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelmarin Pasang Tinted Kereta

 Salam sejahtera,


Sebelum ini saya ada berkongsi tentang pengalaman menukar cermin hadapan kereta. Baiklah, kali ini saya hendak cerita tentang pengalaman memasang filem penapis haba (tinted) kereta saya.


Pada saya, semua sedia maklum yang cuaca di Malaysia ini memang panas. Kalau tonton video-video 'mat salleh' yang kaki jalan, kebanyakan mereka kata yang di sini sungguh terik cuacanya. Lebih malang lagi apabila kita berada di dalam kereta yang tidak ada tinted, seolah-olah berada dalam akuarium yang terperap dengan haba. Saya yang menulis ini pun rasa sungguh rimas apabila membayangkan situasi tersebut.

Kerimasan sewaktu memandu kereta dan juga sambil tunggu di persimpangan lampu isyarat akhirnya mendorong saya untuk memasang tinted kereta. Secara kebetulan yang kelmarin saya pulang ke rumah ibu saya dua jam perjalanan dari rumah saya yang mana dalam beberapa minit dari rumah ibu saya ada sebuah kedai memasang tinted kereta.


Inilah kedainya yang terletak bersebelahan kedai runcit dan dobi. Boleh rujuk pautan Google Maps ini untuk ke sana.

Saya ke kedai itu berseorangan dan tinggalkan isteri di rumah. Ini kerana saya menjangkakan tempoh untuk memasang tinted pasti mengambil masa yang lama, risau buatkan isteri saya bosan menunggu. Jangkaan saya tepat, mereka siap pasang kesemuanya pada kereta saya dalam masa satu jam lebih.
Sebenarnya jika sebelum ini cermin kereta kita kosong, pasti akan cepatkan lagi proses. Ini kerana mereka perlu membuang terlebih dahulu tinted lama yang pernah dipasang sebelum ini. Dan caj pembuangannya pula berharga RM50. Pada awalnya saya tidak tahu yang ada tinted pada cermin kereta ini kerana warnanya tidak gelap, mungkin kerana terlalu lama ia menjadi pudar agaknya. Dan tidak lagi memberi kesan apa-apa, malah sangat panas ketika berada di bawah cuaca terik.
Sampai budak ini pun penat hendak mencabut tinted yang ada pada kereta ini sebelumnya.

Untuk pengetahuan pembaca, saya memilih tinted jenis seramik. Saya tidak tahu apa kelebihannya kerana hanya pilih ikut suka sahaja. Daripada pembacaan ringkas dalam laman web Carsome, katanya jenis seramik ini lebih tahan lama. Mungkin betul, saya pun tak pasti. Cuma apa yang pasti ialah di hadapan kedai ini mereka menulis dalam kain rentang yang jaminan 5 tahun waranti diberikan pada setiap pemasangan. Oleh itu, saya meminta resit daripada mereka. Haha.

Kalaulah berlaku sebarang cacat cela disebabkan kualiti tinted ini, mungkin saya akan pergi tuntut balik dengan mereka. Tapi, tidaklah saya minta supaya berlaku apa-apa. Malas hendak uruskan apa semua.
Cumanya jika hendak resit, kita perlu minta. Setelah siap pasang kesemuanya, pekerja itu meminta untuk tidak operasikan tingkap selama tiga hari. Sebab ingin memastikan tinted tersebut tidak terganggu untuk betul-betul melekat pada cermin kereta. Jumlah kesemua yang saya bayar ialah RM248 sahaja. Setakat ini tiada sebarang masalah dan dapat mengurangkan kemasukan haba panas ke dalam kereta.

Berdasarkan pembacaan saya sebelum ini, kalau hendak ikutkan ialah kita perlu memohon kebenaran untuk memasang tinted kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Permohonan pula hanya ada dua sebab sahaja iaitu sebab kesihatan dan keselamatan. Prosedurnya pula memerlukan kos RM50 untuk pendaftaran selain RM5000 sebagai yuran.

Oleh itu, bolehlah rujuk kepada JPJ jika berminat untuk memasang cermin gelap.







Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement