Ticker

6/recent/ticker-posts

Mukadimah Percintaan Kita

Bismillah.

Adalah menjadi fitrah semulajadi manusia apabila kita dianugerahkan dengan akal, perasaan dan emosi di dalam jiwa setiap insan. Bahkan ciri tersebut adalah pemisah perbezaan kita berbanding makhluk lain yang berada di dunia ini. Haiwan punyai perasaan tetapi hanyalah terhad terhadap sifat semulajadinya sepertimana jika kita perhatikan kucing yang kelihatan takut apabila dimarah tuannya sambil mengecilkan telinganya tetapi tiada perasaan bersalah bergaduh dengan spesis yang sama. Oleh kerana keistimewaan fitrah semulajadi yang ada pada manusia ini, perlulah kita bersyukur atas nikmat kurniaan Tuhan sekalian alam dengan cara mempelajarinya dan menggunakannya dengan sebaik habis.


قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى
Maksudnya: Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan
[al-Baqarah: 263]


Berdasarkan pemahaman agama yang paling benar, Islam, perasaan itu lebih diutamakan berbanding kesenangan dunia berupa wang, pangkat dan pengaruh. Kita tidak boleh membeli perasaan seseorang hanya dengan menawarkan wang begitu sahaja kerana persoalan di dalam hati itu adalah lebih utama. Contohnya, kita menghina dan memfitnah orang lain dan dengan sewenangnya hanya membayar wang begitu sahaja. Meskipun di dalam konteks undang-undang bayaran wang sebagai pampasan terhadap kes fitnah, mahkamah juga boleh mengenakan “injuksi” ataupun arahan rasmi yang menghalang seseorang daripada melaksanakan sesuatu. Dalam kes ini, halangan untuk terus memfitnah seperti injuksi untuk menerbitkan artikel atau injuksi untuk meneruskan penulisan bersifat fitnah.

Ini menunjukkan betapa pentingnya perasaan, emosi dan maruah seseorang berbanding perkara lain berbentuk materialistik yang hanya berfungsi diluar konteks jiwa seorang manusia biasa. Perlulah kita menjaga anugerah kurniaan Allah tanpa berbelah bahagi kerana kita juga memerlukan perlindungan daripada dicabuli pihak lain hasil tidak langsung tindakan kita sebelum ini yang berbuat serupa kepada orang lain. Ini selalu disebut sebagai “karma” dan kata-kata dalam bahasa Inggeris yang selalu diulang-ulang sehingga menjadi klisé iaitu “what goes around, comes around” serta “we get what we give” yang menjadi maksud bahawa kita juga akan kena hasil yang sama kita lakukan pada orang lain.

مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ    
Maksudnya: Barangsiapa tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi
[Riwayat Bukhari]

Hal sebegini tidak dapat disangkal dengan logik akal kerana sememangnya sifat semulajadi alam ini apabila seseorang yang bersifat tidak mengasihani akan dibenci atau tidak disukai ramai. Ini terbukti di dalam suasana keluarga, masyarakat dan negara. Kebiasaannya ketua yang tidak menunjukkan sifat mudah didekati dan pemarah jarang mendapat tempat dalam kalangan pengikut. Ayah yang garang akan lebih ditakuti oleh anak berbanding disayangi dan dihormati. Begitu juga pengurus dalam sebuah organisasi yang tegas dan pemarah tidak akan mudah untuk berhadapan dengan pekerja yang bermasalah kerana sifat tidak menyayangi hanya akan menghindarkan diri kita daripada terjalin hubungan dengan orang lain. Tetapi jika kita mudah mesra dengan orang lain, selalu senyum dan tegur bertanya khabar berita akan menjadikan diri kita mudah disenangi oleh orang lain malah tidak mustahil kita menjadi tempat mereka mengadu masalah dan menceritakan rahsia yang terpendam di dalam hati. Betapa benarnya perkara ini sehingga para pembaca dipersilakan untuk mencuba, bagi mereka yang sebelumnya tidak mudah mesra.



            Namun, tujuan sebenar penulisan ini bukanlah ingin menyentuh tentang perasaan kasih sayang sesama manusia yang suci itu, tetapi sekadar menjadi tempat menyampaikan amanah supaya disyukuri nikmat kasih sayang dan perasaan cinta yang Tuhan telah kurniakan kepada kita. Hal ini membuatkan penulis sedar apabila wujudnya manusia yang sewenangnya mencabul perasaan murni dalam hati insan terutamanya di dalam hubungan sosial sesama manusia. Hubungan sosial yang dimaksudkan penulis ialah percintaan dua orang berlainan jantina, lelaki dan wanita, dalam tujuan mendapatkan dan mengekalkan cinta antara satu sama lain. Hubungan itu pula mestilah bertujuan utama untuk ke arah perkahwinan yang suci disebabkan institusi perkahwinan itulah yang melindungi hak, tanggungjawab dan liabiliti pasangan tersebut serta masyarakat sekeliling dalam konteks hubungan bermasyarakat manakala dalam konteks kerohanian, ianya membantu pasangan mendapatkan redha Allah dan dikurniakan rahmat selama mana mereka mengikut syariat yang ditetapkan-Nya.

(#qßsÅ3Rr&ur 4yJ»tƒF{$# óOä3ZÏB `ÏB
Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu.
[an-Nur: 32]



Ayat ini menggalakkan perkahwinan terhadap mereka yang sendiri, iaitu yang belum lagi berkahwin supaya dikahwinkan dan dipasangkan bersama atas banyak kelebihan yang membawa kebaikan dari segi rohani dan jasmani insan. Antara kelebihan ke atas individu dalam perkahwinan ialah sebagai motivasi dan dorongan untuk mencapai kejayaan. Ini adalah kerana institusi perkahwinan itu memastikan individu tersebut memenuhi komitmen dan tanggungjawab yang melatih mereka untuk berdikari, memimpin, bertoleransi dan sebagainya. Sifat-sifat yang terpuji itu dapat disemai melalui institusi perkahwinan yang suci.
            Itulah sebabnya manusia perlu untuk mempunyai hubungan dan hubungan itu perlulah diatas dasar yang benar. Amatlah malang sekali bagi mereka yang berhubungan tetapi sekadar mempunyai niat untuk suka-suka atau pun atas alasan mencari pengalaman tanpa memikirkan langsung hati dan perasaan orang lain disamping kesan negatif ke atas diri mereka seperti menyemai sifat tidak bertanggungjawab, zalim, berbohong dan menuruti hawa nafsu syahwat dan kemungkaran. Hubungan yang dibina atas dasar kebatilan akhirnya akan meruntuhkan sifat kebaikan dalam fitrah insan yang mulia disamping membuatkan hati dan perasaan orang lain dizalimi dengan kejam walaupun tiada siapa yang tahu.
            Begitulah tujuannya penulisan ini diluahkan oleh penulis kerana ingin memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka yang sedang atau telah berada di dalam situasi sama ada sebagai pemangsa atau mangsa dalam percintaan. Semoga mereka ini membaca dengan hati yang terbuka dan dapat membantu ke arah membina kehidupan yang lebih baik bertujuan akhirat yang selamat selama-lamanya. Fikirkanlah bahawa kita punyai hari akhirat, waktu penghakiman yang paling adil oleh Tuhan yang Maha Adil. Disitulah tempat amalan kita dihitung dan disitulah tempat perbuatan kita dibalas.

Wallahualam,








Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement