Pasti ramai dalam kalangan kita pernah mendengar lagu bertajuk Surat Cinta Untuk Starla yang dimerdukan oleh Virgoun dari corong-corong radio. Bagi yang mengamati lagu tersebut, sudah tentu akan perasan di dalam lirik lagu tersebut ada terselit satu ayat berbunyi “tentang apa yang membuatku mudah berikan hatiku padamu”. Lirik ini telah membuatkan saya tertarik untuk membahaskan satu persoalan berkenaan jatuh cinta yang berkait dengan pembacaan-pembacaan saya, perbualan bersama orang sekeliling dan pengalaman peribadi. Persoalan yang kadangkala terlintas dari sudut fikiran, mengapa begitu mudah kita jatuh cinta pada seseorang. Setelah meneliti dan menaakul idea, dapat disimpulkan beberapa sebab mengapa seseorang itu mudah jatuh cinta.
Pengaruh Naratif Persekitaran
Jika diperhatikan kebanyakan filem-filem dan program televisyen yang kita tonton mempunyai naratif penceritaan yang bersifat thought pleasing dan romanticize. Maksudnya di sini ialah, kita sering kali dipaparkan dengan kemanisan, romantis dan segala yang indah tentang cinta. Maka secara tidak langsung, jiwa kita juga meronta inginkan perasaan jatuh cinta lantas mencari-cari prospek yang dirasakan sesuai dengan cita rasa peribadi. Saya teringat pada sebuah buku yang pernah saya baca satu ketika dahulu bertajuk Aku Terima Nikahnya tulisan Hasrizal Abdul Jamil. Terdapat satu ayat yang menjentik pemikiran saya pada ketika itu iaitu, usah diangankan indahnya pelamin tanpa mempertimbangkan urusan lampin. Penulisan buku yang santai dan padat dengan pengajaran itu masih saya ingat sehingga ke hari ini.
Jatuh cinta bukanlah indah semata-mata. Malah, cinta itu sendiri adalah tindakan. Bukanlah kata-kata indah “saya cintakan awak” semata-mata. Cinta adalah apabila kita bersedia mempunyai komitmen terhadap kata-kata yang dilemparkan. Berbalik kepada persoalan mengapa mudahnya kita jatuh cinta, adalah kerana kita begitu termakan dengan detik-detik indah tanpa melihat gambaran keseluruhannya. Bukanlah saya ingin katakan jatuh cinta itu perkara yang salah, tetapi apabila kita terlalu mudah tewas dengan memberikan emosi kita kepada sembarangan orang, dikhuatiri cinta itu singgah sementara sahaja yang
akan menyakitkan perasaan diri kita. Saya terjumpa satu kata-kata Inggeris daripada Barat yang mengatakan, “be unselective about who you meet, but be very selective about who you invest emotion in”.
Tambahan pula, masyarakat kita, terutamanya anak muda begitu sinonim dengan mempunyai pasangan sebelum bernikah. Sehinggakan apabila seseorang itu tidak mempunyai pasangan, akan dianggap pelik dan lain berbanding orang lain. Sedangkan yang sepatutnya kita berasa pelik ialah apabila mereka bertahun-tahun menjalin hubungan tetapi tidak nampak pun sebarang tujuan ke arah pernikahan. Apabila seseorang tiada pasangan, akan menerima victim blaming. Maksudnya, masyarakat menganggap kita sebagai „mangsa‟ dan „pesalah‟ dalam situasi yang sama ini. Contohnya ialah kita akan dilabel beberapa sifat seperti terlalu memilih, tidak cantik, tidak menarik, tidak pandai memikat, dan beberapa lagi perkataan yang bersifat derogatory (merendahkan).
Perangkap Infatuation
Perkataan infatuation diambil daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud satu perasaan tertarik atau jatuh cinta pada seseorang tanpa sebarang asas yang baik dan biasanya singgah sementara sahaja. Tiada istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu mungkin disebabkan kurangnya dibicarakan hal ini dalam naratif masyarakat kita di sini. Jika hendak disimpulkan dalam bahasa yang mudah, infatuation ialah kita tertarik pada seseorang tanpa kenal pun si dia. Kita tidak tahu latar belakang, hati budi, sikap, cara fikir, dan sudut pandang si dia tetapi begitu tertarik dan mudah sekali jatuh cinta. Dalam kebanyakan kes, adalah disebabkan ciri fizikal luaran seseorang yang kemas, cantik dan wangi yang membuatkan kita jatuh hati terhadapnya. Inilah yang dinamakan perangkap infatuation.
Perkara ini mungkin pada kita hanyalah serpihan daripada kehidupan kompleks kita, namun jika kita membaca beberapa laporan daripada pihak berkuasa berkenaan perceraian di Malaysia, perkara remeh seperti inilah yang menyebabkan banyak berlaku perceraian dalam masyarakat. Saya ambil contoh daripada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dalam petikan surat khabar Kosmo. Terdapat kes seperti berebut rancangan televisyen, tidak suka cara pasangan membasuh baju, pasangan terlupa pam tandas, gaji pasangan rendah, pasangan bangun lewat, dan bermacam-macam lagi hal yang pada kita itu adalah perkara remeh untuk dijadikan alasan bercerai. Namun, itulah hakikat yang perlu kita ambil iktibar.
Pada pandangan peribadi saya, perkara itu berlaku kerana perangkap infatuation. Kita tidak betul-betul cintakan seseorang sebagaimana diri mereka sendiri (just the way they are). Kita hanya jatuh cinta pada tanggapan kita terhadap mereka. Disebabkan itulah apabila kita sudah mengenali si dia, perasaan tarikan itu mula luntur dan timbullah alasan-alasan tidak munasabah untuk bercerai. Begitulah sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh kita mengenali bakal pasangan kita terlebih dahulu sebelum menikahinya.
حَدَّثَ بَُ اثْ أَثِي عُ رًََ، حَدَّثَ بَُ سُفْيَب ،ٌُ عَ يَسِيدَ ثْ كَيْسَب ،ٌَ عَ أَثِي حَبزِوٍ، عَ أَثِي رَُْيْرَحَ، قَبلَ : كُ تُُْ عِ دَُْ
ان جَُِّ ي صَهَّى الل عَهَيْ سََٔهَّىَ، فَأَتَب رَجُ م فَأَخْجَرَ أَ تَسَ جََّٔ ايْرَأَح يِ الَْْ صََْبرِ، فَقَبلَ نَ رَسُ لُٕ الل صَهَّى الل فَبذْ تَْْ فَب ظَُْرْ إِنَيْ بَٓ، فَإِ فِي أَعْيُ الَْْ صََْبرِ شَيْئ ب « : قَبلَ : لََ، قَبلَ ،»؟ أَ ظَََرْتَ إِنَيْ بَٓ « : عَهَيْ سََٔهَّىَ
Abu Hurairah berkata: “Ketika aku bersama dengan Rasulullah Ṣallallah Alayhi wa Sallam, datanglah seorang lelaki dan mengkhabarkan bahawa dia akan menikahi perempuan dari kaum Anṣar, maka Rasulullah Ṣallallah Alayhi wa Sallam bertanya: „Apakah kamu sudah melihat dia?‟. Lelaki itu menjawab: „Tidak‟. Rasulullah Ṣallallah Alayhi wa Sallam bersabda: „Pergilah dan lihatlah dia, sesungguhnya di dalam mata orang-orang Anṣar terdapat sesuatu‟.”
(Riwayat Muslim)
Walaupun hadis ini menyarankan kita untuk melihat, namun jika dikaji konteks pada peredaran zaman dahulu dan sekarang ini dapat kita simpulkan untuk anjuran mengenali bakal pasangan kita adalah sangat perlu dari sekadar melihat. Ini adalah sebagaimana suruhan Rasulullah untuk memilih wanita yang punyai latar belakang agama yang baik dalam hadis yang lain. Tanpa mengenali diri seseorang, bagaimana mungkin kita tahu dia itu punyai agama yang baik atau tidak.
Cemburu Pada Hubungan Orang Lain
Kita cenderung untuk jatuh cinta dengan mudah apabila kita cemburu melihat hubungan cinta orang lain yang kelihatan bahagia. Lebih-lebih lagi dalam masa yang sama kita tercari-cari orang yang mungkin pasangan jodoh kita. Buka sahaja televisyen, kita
dipaparkan dengan drama cinta dan rancangan Mahligai Cinta yang begitu megah majlis perkahwinannya. Buka sahaja media sosial, rakan-rakan kita berkongsi gambar di Instagram dan Facebook bersama pasangan masing-masing bercuti dan meluangkan masa bersama. Dan baru-baru ini kita disiarkan paparan langsung majlis perkahwinan diraja, Putera Harry dan Menghan Markle. Sedikit sebanyak memberikan perasaan ingin turut sama merasai saat-saat manis bersama pasangan sendiri. Inilah yang menyebabkan kita terlalu mudah jatuh cinta apabila kita mencari-cari perasaan untuk jatuh cinta.
سَ عًِْتُ رَسُ لَٕ اللَّ صَهَّى اللَّ عَهَيْ سََٔهَّىَ يَقُ لُٕ لََ حَسَدَ إِلََّ عَهَى اثْ تََُيْ رَجُ م آتَب اللَّ انْكِتَبةَ قََٔبوَ ثِ آ بََءَ انهَّيْمِ
رََٔجُ م أَعْطَب اللَّ يَب لَ فَ يَتَصَدَّقُ ثِ آ بََءَ انهَّيْمِ أَن بََُّٓرِ
Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak dibolehkan hasad (cemburu) kecuali pada dua hal, Seorang yang diberi kurnia Al-Quran oleh Allah sehingga dia membacanya di pertengahan malam dan siang. Dan seseorang yang diberi kurnia harta sehingga dia menginfakkannya pada malam dan siang hari."
(Riwayat Bukhari)
Dalam Islam kita tidak dilarang untuk jatuh cinta, malah dianjurkan untuk bernikah apabila telah menjumpai insan yang sesuai. Namun, kita dianjurkan untuk betul-betul memilih. Ini disebabkan begitu banyak berlaku keruntuhan institusi rumah tangga dalam masyarakat dan hal ini adalah serius. Mungkin sesetengah daripada kita tidak dapat memahami mengapa dengan runtuhnya institusi rumah tangga, boleh menjadi serius. Jika kita amati dan meluaskan pembacaan, kebanyakan gejala sosial yang berlaku adalah disebabkan latar belakang keluarga yang bercerai-berai. Golongan yang paling terkesan adalah pada anak-anak kecil yang mencari-cari kasih sayang ibu bapa.
Gopoh Dalam Rebound Love
Rebound love tiada istilah yang sinonim dalam bahasa Melayu. Mengikut pemahaman saya, cinta rebound ialah perasaan cinta pada seseorang sejurus selepas hubungan cintanya bersama orang lain putus, dalam masa sama kekecewaan hatinya masih belum pulih. Pun
begitu, istilah ini tiada dalam kamus masyarakat kita mungkin kerana kurangnya diskusi mengenainya secara ilmiah mahupun santai. Masyarakat kita apabila mendapat tahu orang lain menghadapi putus cinta, hanyalah sekadar memberi sokongan moral dari segi escapism iaitu melupakan bekas pasangan tanpa ingin membincangkan apa-apa pun berbanding masyarakat Barat yang gemar mencari-cari sebab dan kesan.
Berbalik pada persoalan asal, kita mudah jatuh cinta adalah antaranya disebabkan cinta rebound. Kita cuba untuk melupakan orang lain, dengan cara jatuh cinta pada orang lain. Namun perkara ini akan mendatangkan akibat yang tidak diingini kebiasaannya. Ini disebabkan kerana kita tidak betul-betul mencintai orang tersebut. Hati kita yang masih terluka cuba diubati dengan kasih dan perhatian yang tidak kena pada tempatnya. Saya teringat satu buku bertajuk The Things You Can See Only When You Slow Down tulisan seorang sami (monk) bernama Haemin Sunim. Beliau memberi perumpamaan sebuah periuk yang punyai saki baki makanan. Untuk membersihkannya dengan cepat, kita terpaksa menyental dan gosok dengan kasar. Untuk membersihkannya dengan baik, kita rendamkan di dalam air dan sabun yang sesuai kemudian basuh dengan baik.
Begitulah perasaan manusia. Kita perlukan masa yang sesuai untuk memberi peluang kepada hati kita supaya benar-benar jatuh cinta dan terhadap orang yang betul. Kadangkala kita tersilap dalam menafsirkan perasaan kita sendiri mahupun perasaan orang lain. Namun begitulah kita di dunia ini untuk merasai pengalaman cinta. Sebagaimana hidup kita yang serba persinggahan di dunia, mudah-mudahan kita lebih mengenali diri kita dan melayan diri kita dengan lebih baik supaya dapat memberi kebaikan-kebaikan kepada orang lain. Usah disibukkan diri dengan mencari pasangan yang terbaik dan sempurna, kerana dalam keadaan yang kita tak sangka akan muncul seseorang yang Allah jadikan jodoh buat kita.
Semoga tulisan ini memberi kebaikan kepada pembaca sekalian, terima kasih.
0 Ulasan