Sebelum baca artikel ini, pastikan pembaca sudah mengetahui apa itu CCRIS dan kepentingannya. Hal ini boleh di google sahaja dan akan jumpa bermacam penulisan serta video penerangannya. Saya sendiri pernah membuat video cara mendapatkan laporan kredit di dalam Youtube.
Namun, pada beberapa hari lepas Bank Negara Malaysia telah membuat pengumuman bahawa mereka telah memudahkan cara kita dapatkan laporan CCRIS. Sebelum ini ada dua cara dalam talian untuk dapatkannya. Pertama ialah daftar eCCRIS dan kedua ialah melalui eLink BNM. Cara saya dalam video ialah menggunakan eLink kerana jika hendak daftar eCCRIS ketika itu agak sulit dan leceh bagi saya kerana perlu dapatkan nombor PIN yang perlu didapatkan secara fizikal di mana-mana cawangan BNM dan AKPK.
Berita gembira terbaru ini pula kita sudah tidak perlu pergi ke sana lagi. Malah, BNM mengatakan bahawa kaedah mereka mengenalpasti identiti kita ialah dengan pemindahan wang RM1 daripada akaun kita sendiri ke akaun BNM. Dalam masa dua hari bekerja, wang itu akan dikembalikan ke dalam akaun bank kita. Begitulah cara mereka kenalpasti identiti kita. Perlunya pengenalan identiti ialah supaya tiada siapa yang boleh sesuka hati dapatkan laporan kredit diri kita kerana hal itu rahsia.
Bagi yang berminat untuk baca laporan kredit CCRIS dari Bank Negara Malaysia, bolehlah klik pautan ini:
0 Ulasan