Sebenarnya teori ini diucapkan oleh adik aku sendiri. Kemudian bila difikirkan kembali, memang tepat dan betul perkara itu. Bahkan Marcus Aurelius mengatakan,
"Hidup kita adalah apa yang difikirkan oleh minda kita"
[Dale Carnegie, The Leader In You]
Juga kata-kata Einsten yang popular ialah, "adalah perkara yang gila jika kita ingin berubah tanpa terlebih dahulu mengubah pemikiran kita".
Pemikiran dan falsafah hidup yang kita pegang berhasil daripada pengalaman hidup seperti pembacaan buku dan melihat situasi yang berada di hadapan kita.
Untuk mencari pasangan hidup, biarlah juga cari yang memegang falsafah yang betul. Kerana dia yang dapat membimbing kita, bukan sekadar tempat berkasih sayang yang akan kering bila mana pemikiran tak sama. Kemungkinan untuk berlaku konflik itu besar jika pilih yang lain pegangan dengan kita. Dan dalam Tarbiatul Aulad Fi Islam oleh Dr Nasih Ulwan, mendidik anak itu bermula dengan pencarian pasangan hidup yang betul. Barulah boleh dia melahirkan anak yang betul didikan mengikut acuan Islam.
Cumanya apa pun falsafah hidup dan teori yang kita pegang, paling kurang pun pastikan yang kita insyaAllah mampu mengucapkan syahadah ketika sakaratul maut atau pun mati dalam akhir yang baik. Itu nasihat aku
Salam.
0 Ulasan