Jawapan saya, inilah namanya pemasaran yang strategik. Daripada tajuk yang kontroversi kita dapat menarik minat orang untuk membaca kerana hari ini pembaca gemarkan sesuatu yang berlainan daripada "mainstream".
Bukanlah daripada tajuk ini, kita boleh terus menilai malah kita ingin tahu apa yang hendak diutarakan penulis dengan membuatkan syaitan sebagai contoh yang baik untuk diikuti, dalam perspektif optimistik dan opurtunistik.
Tajuk Buku: Mengapa Harus Kagum Pada Syaitan
Penulis: Siti Sujinah Sarnap
Penerbit: Sri Semerah Ent
Genre Buku: Motivasi Islamik
Harga: RM 29
Syaitan ialah makhluk yang suka berkawan dengan sesiapa sahaja dan mudah masuk (adaptable). Berbanding manusia yang pentingkan diri dan berkecenderungan memilih kawan yang bagi mereka sama seperti mereka. Manusia mudah menganggap mereka yang bukan kawan sebagai orang luar yang tak layak sama sekali masuk campur dalam urusan terutamanya jika ditegur atau nasihat. Mereka lupa bahawa setiap Muslim adalah bersaudara dan wajib menjaga sesama sendiri daripada azab neraka.
Manusia perlu mencontohi syaitan dari segi kemesraan untuk mengajak kepada sesuatu tujuan. Syaitan dengan mesra mengajak menjadi kawan kerana ingin mendapatkan teman apabila dicampakkan ke dalam neraka, oleh itu manusia perlulah mencari teman untuk mendapat teman rehat di kampung syurga.
Boleh hubungi saya di 017-7753864 untuk membeli buku ini atau cari di kedai buku berhampiran anda.
0 Ulasan