Ticker

6/recent/ticker-posts

Islam Membentuk Keperibadian dan Prinsip


السلام عليكم
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

(Artikel saya dalam web HM)

Sepertimana di dalam surah al-Hajj ayat 78, Allah memanggil kita dengan gelaran muslim:

Ù‡ُÙˆَ سَÙ…َّÙ‰ٰÙƒُÙ…ُ ٱلْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ُ 
Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu.

Oleh itu, orang Islam gelaran lainnya ialah Muslim dan ianya berpijak atas 5 prinsip rukun Islam yang melayakkan seseorang itu dianggap Islam iaitu

بُÙ†ِÙŠَاْلإِسْلاَÙ…ُعَÙ„َىخَÙ…ْسٍ : Ø´َÙ‡َادَØ©ُØ£َÙ†ْلاَØ¥ِÙ„َÙ‡َØ¥ِلاَّاللهُÙˆَØ£َÙ†َّÙ…ُØ­َÙ…َّداًرَسُÙˆْÙ„ُاللهِÙˆَØ¥ِÙ‚َامُالصَّلاَØ©ِÙˆَØ¥ِÙŠْتَاءُالزَّÙƒَاةِÙˆَØ­َجُّالْبَÙŠْتِÙˆَصَÙˆْÙ…ُرَÙ…َضَانَ.
Islam dibangun di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah dan bahawa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji (bagi yang mampu) dan puasa Ramadhan.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Apabila mendapat tema yang bertajuk "Sifat Seorang Muslim", saya terbayangkan seorang pemuda handsome yang baik akhlaknya dan pemudi comel yang patuh ibu bapa. Entah kenapa perkara itu terbayang dalam minda saya. Mungkin dalam sepanjang saya membesar pemikiran mengenai Islam itu telah diset ke dalam otak saya oleh ibu bapa dan masyarakat bahawa Islam itulah yang terbaik kerana seringkali dalam drama dan cerita di TV3 yang selalu saya tonton menonjolkan beberapa pengajaran seperti ihsan terhadap orang tua dan berakhlak mulia terutamanya bila menjelang perayaan Aidilfitri.

Namun, pada tanggapan Barat sana mereka kurang mendapat khabar yang sebenarnya mengenai Islam lantas bersikap skeptik terhadap orang Islam kerana merasakan orang Islam itu ganas dan jahat sepertimana propaganda media Barat. Mereka merasakan agama Islam itu tidak bebas dan selalu sahaja terkongkong kerana semuanya nak diharamkan. Akhirnya mereka menolak terus pendapat orang Islam dalam apa isu pun kerana dirasakan ianya konservatif dan radikal dalam pendetilan hujah.

Sebagai orang Islam yang beramal dengan ajaran Islam, apabila senario ini dialami sendiri hendaklah jangan kita mudah terasa dan tercabar dengan golongan yang menolak Islam ini. Ini kerana Islam itu sendiri ajaran yang perlu diamalkan bukan sekadar retorik teori semata-mata tetapi tidak pernah dilakukan. Tunjukkan bahawa keindahan Islam itu sebenarnya merangkumi kesemua bidang kehidupan kita dengan hujah-hujah yang menarik dan terkini. Lebih elok jika hujah tersebut diselitkan dengan idea mereka sendiri, contohnya mengaitkan bidang sains dengan Islam. Ini dapat menyangkal pandangan orang bukan Islam yang terkeliru dan membuat imej Islam sentiasa baik.


Seorang angkasawan yang loyar buruk pernah bertanya kepada Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat, daie tersohor antarabangsa yang telah banyak mematahkan hujah berkaitan agama: “Saya sudah naik jauh ke angkasa, namun saya masih tidak berjumpa dengan Tuhan anda.”

Deedat tidak mengambil masa panjang untuk memberi jawapan yang membuat lelaki itu terkesima: “Anda silap. Sekiranya anda buka corong gas pernafasan dari hidung anda, nescaya anda pasti berjumpa Tuhan saya dalam masa tidak sampai satu minit.”

Siapa yang tak kenal dengan Syeikh Ahmad Deedat, seorang pendakwah Islam yang hebat dan dikenali. Beliau menerangkan Islam dengan begitu berhemah apabila selalu membuat ceramah dan debat secara terbuka dengan sesiapa pun yang menentang Islam. Pendekatan beliau amat bagus kerana setiap hujah yang digunakan oleh pihak lawan akan ditempelak balik kepada mereka sendiri. Ahmad Deedat bukan sahaja menggunakan pendekatan defensive terhadap tentangan pihak lawan, tetapi beliau juga tidak berat sebelah apabila turut mengkaji secara mendalam kitab Bible. Beliau mendedahkan kitab ini dipenuhi dengan tokok tambah yang sangat keji kerana terdapat cerita-cerita lucah diselitkan di dalam kitab tersebut. Inilah yang terjadi jika umat suka menokok tambah agama mereka lantas menjadikannya "agama paderi dan rahib".
Apabila Ahmad Deedat sudah tiada, kini beliau mempunyai pengganti baru iaitu Dr Zakir Naik yang juga hebat dalam mematahka hujah golongan anti Islam. Lebih seronok lagi apabila Zakir Naik ialah seorang doktor perubatan dan mampu berhujah dengan teori sains.

Saya terbaca satu hadis:

Ù…ِÙ†ْØ­ُسْÙ†ِØ¥ِسْلاَÙ…ِالْÙ…َرْØ¡ِتَرْÙƒُÙ‡ُÙ…َالاَÙŠَعْÙ†ِÙŠْÙ‡ِ.
Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.
[Hadits Hasan riwayat Tirmizi]

Halaqah Maya pernah menjemput seorang penceramah, Dr Abdul Basit. Cuba rakan-rakan pergi ke fan page beliau di Facebook, dalam gambar atas tertulis perkataan, "Jika tidak mampu buat ibadat, jangan buat maksiat". Pada saya, kata-kata ini amat bertepatan dengan hadis di atas. Saya pernah ke kelas talaqqi Dr Abdul Basit dan beliau berkata pendekatan ini beliau cadangkan kerana zaman sekarang yang penuh dengan maksiat dan hiburan. Dalam hati, saya fikir, memang benar kata beliau. Sebagai orang awam yang tidaklah soleh, tidaklah alim, tidaklah faqih, tidaklah rajin beribadat, kita perlulah tinggalkan maksiat. Beliau mencadangkan contoh situasi malam hari, supaya tidur sahaja. Daripada keluar lepak, berjalan entah ke mana lebih baik kita tidur sahaja. Betul tak?Smile

Muslim itu perlulah punyai prinsip di dalam hidupnya, janganlah melanggar prinsip Islam kerana sepertimana kata-kata Umar al-Khattab yang terkenal,mafhumnya:
"Allah telah memuliakan kita dengan Islam, jika kita mencari selain daripada Islam maka Allah telah hinakan kita"

Pensyarah undang-undang saya pernah bercerita di dalam kuliahnya, beliau mengkritik orang Islam yang menyertai pertandingan realiti The Amazing Race kerana tanpa berfikir panjang mengikut perbuatan ibadah agama lain semata-mata ingin memenangi perlumbaan. Beliau menambah, ada dalam satu majlis motivasi yang mana perempuan dan lelaki berpegangan tangan hanya kerana permainan untuk memupuk semangat saling kerjasama dalam kumpulan.

Begitulah, sifat seorang Muslim. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement