السلام عليكم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا
Salam Ramadhan 2011/1432 :')
Berikut adalah kelebihan dan fadhilat berpuasa:
- Membentuk manusia bertakwa.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
[surah al-Baqarah ayat 183]
- Mengukuhkan Islam.
al-Hadith al-syarif
بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، والحج ، وصوم رمضان
الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 8
Dari Ibn Umar
"Didirikan Islam itu atas lima sendi:....berpuasa Ramadhan.
عرى الإسلام و قواعد الدين ثلاثة ، عليهن أسس الإسلام من ترك واحدة منهن فهو بها كافر ، حلال الدم : شهادة أن لا اله إلا الله ، و الصلاة المكتوبة ، و صوم رمضان
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف الجامع - الصفحة أو الرقم: 3696
خلاصة الدرجة: ضعيف
dari Ibn Abbas
" Akar Islam dan sendi agama ada tiga: Barangsiapa meninggalkan salah satu di antara tiga bererti telah ingkar akan dasar2 tersebut: yakni mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, mendirikan solat dan berpuasa Ramadhan."
[HR Abu Ya`la dan al-Dailami]
[dinilai Dha'if oleh al-Albani].
- Bulan turunnya al-Qur'an.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).
[surah al-Baqarah ayat 185]
- Menghapuskan dosa lampau.
من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه .
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 38
dari jalur Abu Huraira
"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan Redha-Nya, akan diampuni segala dosa yg lalu."
HR Bukhari: 38, Muslim: 760
Segala dosa, tidak termasuk kaba'ir (dosa besar)
Dalil, sabda baginda:
الصلوات الخمس . والجمعة إلى الجمعة . ورمضان إلى رمضان . مكفرات ما بينهن . إذا اجتنب الكبائر
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 233
Dari Abu Huraira juga,
" Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramdhan ke Ramadhan menghapuskan dosa di antara keduanya apabila dosa besar dijauhi."
[sahih Muslim, 223]
- Dibuka pintu syurga, di tutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan.
Dari Abu Hurairah,
قد جاءكم رمضان شهر مبارك افترض الله عليكم صيامه تفتح فيه أبواب الجنة ويغلق فيه أبواب الجحيم وتغل فيه الشياطين فيه ليلة خير من ألف شهر من حرم خيرها فقد حرم
الراوي: أبو هريرة المحدث: أحمد شاكر - المصدر: مسند أحمد - الصفحة أو الرقم: 12/134
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح
Terjemahnya: "Sungguh telah datang padamu bulan yang penuh berkah, di mana Allah telah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu setan-setan, dan di mana dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari 1000 malam. Maka barangsiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya.”
(HR Ahmad, Nasa’iy dan Baihaqi).
[Dinilai sahih isnadnya oleh syaikh Ahmad Syakir penta'liq al-Musnad, juga oleh al-Albani, sahih Sunan an-Nasa`iy, 2105]
- Mendapat syafaat.
dari jalur `Abdullah bin `Amru bin al-`Ash
الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة يقول الصيام أي رب منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه ويقول القرآن منعته النوم بالليل فشفعني فيه قال فيشفعان
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: أحمد شاكر - المصدر: مسند أحمد - الصفحة أو الرقم: 10/118
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح
"Puasa dan al-Qur'an akan memberi syafaat pada seorang hamba di Hari Kiamat. Puasa berkata," duhai Tuhan, kerana aku dia menahan makan dan syahwatnya di siang hari, maka izinlah daku untuk memberi syafaat kepadanya". Berkata pula al-Qur'an, "akulah yang menyebabkan dia tidak tidur di malam hari, maka izinlah daku untuk memberi syafaat untuknya". Maka syafaat keduanya diluluskan."
[HR Ahmad, dinilai sahih isnaadnya oleh S. Ahmad Syakir].
- Perisai dalam kehidupan.
Baginda bersabda:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : الصيام جنة ، فلا يرفث ولا يجهل ، وإن امرؤ قاتله أو شاتمه ، فليقل إني صائم - مرتين
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 1894
"Puasa adalah perisai, maka janganlah dia berkata kotor dan cacimaki. Jika dia dicabar utk bergaduh atau dicaci, ucapkan "aku sedang berpuasa."
[sahih Bukhari, 1894, Muslim 1151].
- Mengawal nafsu.
Riwayat Syaikhan dari jalur Ibn Mas'ud
( يا معشر الشباب ، من استطاع الباءة فليتزوج ، فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم ، فإنه له وجاء ) .
الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 5066
" hai para pemuda, barangsiapa yg ada kemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana ia dapat mengawal pandangan dan menjaga kemaluan. B/siapa yg tidak mampu, hendaklah berpuasa, kerana puasa adalah benteng (syahwat). [Bukhari:5066; Muslim:1400].
- Melatih hidup sederhana.
Dari Abi Karimah al-Muqaddam
بحسب ابن آدم أكلات يقمن صلبه ، فإن كان لا محالة فثلث لطعامه ، وثلث لشرابه ، وثلث لنفسه ))
أخرجه : ابن ماجه ( 3349 ) ، والترمذي ( 2380 ) ، والنسائي في " الكبرى " ( 6770 ) ، وقال الترمذي : (( حديث حسن صحيح
"Cukuplah bagi anak Adam makan sekadar menegakkan tulang sulbinya, jika dia mahu juga betul2 makan, pastikan sepertiga bahagian (perut) untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga lagi untuk pernafasan."
[HR Ibn Majah, atTarmidzi, dan an-Nasa'iy]
[disahihkan oleh al-Tarmidzi dan disahihkan oleh dr Maher Yasin dalam ta`liq Riadhus Soolihin 1/312 (syamila)].
- Mendapat DUA kegembiraan besar.
كل عمل ابن آدم هو له إلا الصوم هو لي وأنا أجزي به وللصائم فرحتان فرحة حين يفطر وفرحة حين يلقى ربه ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك
"Setiap amal anak Adam itu adalah untuk dirinya sendiri, kecuali puasa, maka ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang berpuasa mendapat dua kegembiran: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika dia menemui Tuhannya..."
[HR Tabrani dalam Mu`jam al-Kabir, no 10078.]
[dinilai sahih isnadnya oleh al-Haithami, Majma`, 5072.]
Kesimpulannya, berpuasalah.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan.Mungkin ada lagi. Terima kasih.
0 Ulasan