,السلام عليكم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله
Kebanyakan dari kalangan kita sering menganggap dan mengukur kebahagiaan daripada perspektif harta, wang dan kedudukan sosial dalam masyarakat. Namun mereka tidak boleh menafikan itu sebenarnya bukanlah kebahagiaan sebenar dalam kehidupan. Jika diperhatikan, orang yang kaya namun mendapat sakit tidaklah bahagia seperti yang disangka.
Nikmat yang diberikan Allah itu adalah kebahagiaan yang sebenar. Kerana tiada apa yang dapat menggantikan nikmat yang Allah berikan walau dengan apa sekalipun. Namun, dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita perlulah di ingati akan dari mana datangnya dengan bersyukur terhadap Allah. "روا ءالاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ" "maka ingatlah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya" [surah al-A'raf ayat 69]. Di dalam ayat ini terkandung perintah supaya sentiasa ingat terhadap nikmat yang Allag berikan supaya kita tidak lupa diri, lupa akan asal usul kita yang mana jika kita lupa akan asal kita akan terjadinya seperti kisah Iblis yang lupa daratan ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Adam.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.[surah al-baqarah ayat 34].
Qotadah berkata tentang ayat ini, “Iblis hasad kepada Adam ‘alaihis salaam dengan kemuliaan yang Allah berikan kepada Adam. Iblis mengatakan, “Saya diciptakan dari api sementara Adam diciptakan dari tanah”. Kesombongan inilah dosa yang pertama kali terjadi . Iblis sombong dengan tidak mau sujud kepada Adam” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/114, cet al Maktabah at Tauqifiyah)
Ingatlah, tujuan kita diciptakan Allah. Adakah kita hanya hidup sekali dan oleh itu kita perlu 'enjoy' sepuasnya tanpa mengira akan keterbatasan yang telah Allah gariskan melalui turunnya Islam dan Muhammad sebagai ikutan? Itu hanyalah sedikit sebanyak pengaruh kufar terhadap orang-orang Islam masa kini.
Bagi yang sudah pun mengetahui hal ini, mereka sering memberikan alasan bahawa akan berubah/bertaubat apabila usia sudah mencapai tahap tua iaitu apabila dekat dengan ajal,katanyalah.Semua sudah maklum bahawa kita akan mati juga akhirnya.
Bagi yang sudah pun mengetahui hal ini, mereka sering memberikan alasan bahawa akan berubah/bertaubat apabila usia sudah mencapai tahap tua iaitu apabila dekat dengan ajal,katanyalah.Semua sudah maklum bahawa kita akan mati juga akhirnya.
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ "tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati" [surah ali-Imran ayat 185]. Apa yang menjadi persoalan adakah kita tahu masa mati kita?Masa ajal kita?Sedangkan Nabi Muhammad seorang manusia yang dekat dengan Allah pun tidak mengetahui masa mati manusia inikan pula kita yang ingin mencongak-congak waktu kehidupan tanpa mengambil kira kekuasaan Allah.
Oleh itu, ketahuilah asas tujuan sebenar kita diciptakan supaya menjadi jalan ke arah memotivasikan diri kita sentiasa berbuat amal pahala untuk saham di akhirat sana.
- Mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
[surah az-zariyat ayat 56]
- Mengumpul amal soleh.
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
[surah al-mulk ayat 2]
- Hidup untuk Allah.
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
[surah al-an'am ayat 162]
Kesimpulannya, dalam hidup ni jangan pisahkan Islam dengan urusan dunia. Ingatlah, dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenteram أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ [surah ar-rad' ayat 28].
0 Ulasan