Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiadalah Diri Sekadar Pilihan

Kabus yang hitam terhenti bila terlihat akan merpati,
yang disangkanya bidadari dari Ilahi.

Mencari diri sudah terhenti,
kerana tertipu dengan kasih merpati,
dan harapan hakiki sehidup semati.

Yang sengaja diberi,
demi kepuasan hawa nafsu sendiri.

Tanpa memikirkan perasaan pengimpi,
bermudah-mudahan mencari helah,
kerana berjumpa pilihan hati.

Merpati tetap ingin berlari,
sedangkan tiadalah selain terbang tinggi,
sifat semulajadi yang sering dinafi.

Mulanya seperti ingin mati,
kabus menjadi puting beliung, berhenti keesokan dinihari.

Kini menjadi sang kelinci putih,
berbuat pilihan terima kasih,
kerana pernah mengasihi.


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement