Ticker

6/recent/ticker-posts

Buku Motivasa Masa Cuti

Melalui pembacaan buku, kita akan dapat mencambah pemikiran kita berdasarkan teori dan idea penulis yang sudah pasti berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi.

Aku gemar membaca buku mengenai motivasi kerana dapat menaikkan semangat aku untuk terus maju dan tidak down tanpa sebarang alasan. 

Buku pertama yang aku baca ialah Everyone Communicates Few Connect terjemahan Bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh John C Maxwell seorang yang sangat pakar dalam bidang komunikasi berkesan. Beliau begitu terkenal sehingga orang-orang korporat dan politik mencarinya untuk belajar bagaimana komunikasi dapat memberi keberkesanan dalam apa jua yang kita lakukan.


Antara isi yang aku ingat dalam buku ini ialah kita perlu mengakui kelemahan kita sendiri. Maksud mengakui kelemahan ialah kita merendah diri sekalipun seorang yang tinggi pangkatnya kerana secara asasnya dalam buku ini mengetengahkan pentingnya MEMBINA HUBUNGAN dalam komunikasi. Salah satu caranya ialah membuat diri kita selesa untuk orang lain rapat, supaya mereka mudah menerima apa kata kita selepas itu.



Selepas itu, buku berjudul Who Moved My Cheese? karangan Dr Spencer Johnson. Buku ini berkisar cerita yang ringkas dan memberi makna yang dalam terhadap pengurusan kehidupan kita.
Apa yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah kita perlu keluar dari zon selesa kita atau comfort zone untuk terus maju. Ini amat penting kerana hidup kita bukannya statik sahaja, kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.


Aku sudah lama pun terfikir perkara ini, untuk keluar dari zon selesa. Hidup ini kita perlu pergi, mencuba nasib dan jangan takut untuk jatuh. Pengalaman ialah sesuatu yang sangat berharga.




Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement