Ticker

6/recent/ticker-posts

Teknik dan Praktikal Dalam Berdakwah

Assalamualaikum,


Melihat pada situasi hari ini banyaknya tumbuh individu dan institusi dakwah yang semakin berkembang untuk menjalankan amanah Allah iaitu tarbiyah dan dakwah. Alhamdulillah kerana semakin ramai yang mula berminat dengan perkara ini dan sama-sama mendapat pahala keberkataan kurniaan Allah, insyaAllah.

ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ ÙˆَÙ„َا تَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْØ¥ِØ«ْÙ…ِ ÙˆَالْعُدْÙˆَانِ ÙˆَاتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ø´َدِيدُ الْعِÙ‚َابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
[al-Ma'idah ayat 2]
Mereka juga semakin kehadapan terutama bagi anak-anak muda yang bersemangat kerana bijak menggunakan teknologi yang sedia ada sebagai wadah untuk mereka menyalurkan kata-kata nasihat, berkongsi video ceramah, membuat laman web khusus untuk hal-hal agama dan sebagainya. Langkah ini amat bertepatan dengan apa yang di ajar oleh nabi di dalam hadis yang semakin terkenal iaitu "Sebarkanlah dariku walau sepotong ayat" (Riwayat Bukhari).

Namun begitu, di dalam proses untuk berdakwah dan tarbiyah perlulah ada teknik yang tertentu seperti mana kata seorang tokoh di Malaysia, Ust Zaharuddin semasa beliau memberi komen tentang aurat dan fesyen wanita. Apabila kita hendak berdakwah, kita perlu lihat pada seseorang itu. Kita perlu menilai di manakah tahap ilmu dan iman seseorang itu. Adakah dia seorang muslim sahaja, mukmin ataupun seorang yang bertakwa??? (Susah nak jumpa orang mukmin, orang bertakwa??)

"Apabila kita berbincang pasal fesyen, sejauh manakah keperluan islam melihat fesyen khususnya bg wanita maka kita tgk pd kelas 3 ini (muslim,mukmin,muttaqin).

klu kita bincangkan fesyen pd org yg dh sampai peringkat MUKMIN, mereka tidak bicara pasal fesyen, kerana fesyen adalah hanya semata-mata untuk mendapatkan perhatian manusia, hanya untuk mendapatkan pengiktirafan manusia, fesyen ini semuanya di antara hubungan manusia dgn manusia yg mereka merasakan bahawa luaran itu lebih penting daripada dalam.

nabi Allah sallallahu 'alaihi wasallam menyebut yg bermaksud, 'Allah tidak melihat kpd luaran dan tubuh kamu, tetapi Allah melihat pada hati kamu dan amalan kamu'.

so bila kita bercerita pasal org yg sudah sampai ke tahap MUKMIN dan MUTTAQIN, mereka hanya membicara pakai bagaimana untuk mencantikkan iman mereka. mereka akan habiskan duit dan belanja mereka untuk mencantikkan iman dan ilmu. manakala org yg MUSLIM, mereka akan sibuk berbicara tentang fesyen."

Namun selain hal ini, di dalam ceramah atau idea yang ingin kita sampaikan perlulah ada keseimbangannnya. Maksudnya di sini jika kita tidak setuju dengan sesuatu isu atau perkara perlulah di sampaikan dengan penuh ilmiah bukan hanya tahu berkata haram, haram dan haram. Islam bukan agama yang suka mengharamkan sesuatu. Sebagai contoh, antara perkara halal dan haram kita boleh tahu mana satu yang paling banyak.

Apabila kita ingin mengatakan pendapat kita bahawa sesuatu perkara itu haram, perlulah kita sertakan sekali idea kita mengenai bagaimanakah langkah lain atau alternatif lain untuk menggantikan perkara itu. Jadilah seorang yang berfikiran kritis dalam sesuatu. Orang awam bukannya tahu untuk mencari alternatif lain kerana mereka berasal daripada latar belakang yang berlainan. Jadi, apabila kita mengatakan sesuatu perkara itu haram tanpa ada jalan lain yang boleh menggantikannya, mereka akan lari daripada dakwah kita.

Sebagai contoh, apabila kita mengatakan rancangan televisyen seperti nyanyian itu haram maka kita perlu datangkan dengan idea baru supaya orang awam juga mendapat hiburan seperti menggantikan dengan rancangan Solehah, Imam Muda, Akademi Al-Qur'an dan lain-lain lagi.

Kesimpulan yang ingin saya sampaikan di sini ialah perlunya kita tahu akan teknik dan praktikal dakwah supaya orang tidak lari daripada Islam.

Wallahualam.


(maaf artikel kurang dalil, ini hanya pendapat penulis)

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement