Ticker

6/recent/ticker-posts

Hukum Merokok

,السلام عليكم 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له  ونشهد أن محمدا عبده ورسوله

Ramai orang yang berpegang bahawa hukum merokok itu hanyalah makruhdan bukannya haram. Tidak diketahui dari mana mereka mendapat fatwa demikian tetapi itulah yang mereka pegang dan yakin. Mungkin mereka berpegang dengan keputusan muzakarah fatwa JAKIM pada tahun-tahun sebelum ini (rujuk link http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-menghisap-rokok). 
Seolah-olah yang makruh itu sama tingkatnya dengan halal. Padahal maksud makruh secara ringkas ialah perkara yang lebih elok ditinggalkan dan tidak disenangi dalam Islam. Ini kerana mereka gemar merokok secara terbuka dan ada sesetengah yang bangga dengan penampilan mereka itu. Namun, fatwa itu telahditarik balik oleh pihak JAKIM dan diganti dengan hukum haram (rujuk link http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-merokok).
Di sarankan supaya mereka yang berpegang dengan fatwa yang sudah ketinggalan itu supaya berpegang kepada fatwa yang baru.

Mengapa merokok itu HARAM?

1. Rujukan al-Qur'an.

Surah al-Baqarah ayat 195:

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Tafsir ayat ini:
  • Syaikhul Mufassirin Ath-Thabari dalam tafsirnya (2/206) berkata, "Segala perbuatan yang menyebabkan kemudharatan pada diri sendiri"
  • Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya Tafsir Karimir Rohman (1/174) berkata, "Segala sesuatu yang menjadi sebab hancurnya badan atau jiwa".
Surah an-Nisa' ayat 29:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

  • Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )
Kajian ini jelas menunjukkan merokok itu merosakkan tubuh badan dan membawa faktor besar kemudaratan iaitu kesakitan dan kematian.

2. Rujukan Hadis.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَنْبَأَنَا مَعْمَرٌ عَنْ جَابِرٍ الْجُعْفِيِّ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَلَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah memberitakan kepada kami Ma'mar dari Jabir Al Ju'fi dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak boleh berbuat mudarat dan hal yang menimbulkan mudarat."
(Riwayat Ibn Majah: 2332)

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari 'Amru bin Yahya Al Muzani dari Bapaknya bahwa Rasulullah SallAllahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidak boleh membuat kemudaratan pada diri sendiri dan membuat kemudaratan pada orang lain."
(Riwayat Malik dalam al Muwatta')

Menurut dua hadis di atas, ternyata Rasulullah melarang kita untuk membuat mudarat baik pada diri kita dan orang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, orang yang tidak merokok lebih terdedah kepada bahaya kerana asap rokok daripada perokok itu lebih bahaya isi kandungannya terdapat orang yang tidak merokok. Istilahnya ialah "secondhand smoker"

Juga ada hadis yang serupa tetapi nukilan sumber yang berbeza iaitu:

لا ضرر ولاضرار
“ Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan membahayakan orang lain”

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah : 2/784, Baihaqi : 10/133, Ahmad : 1/313, Daruquthni : 4/228, Hakim : 2/784 dan Malik : 2/745. Takhrij lengkap hadis ini dapat dilihat dalam Jami’ul Ulum Wal Hikam oleh Imam Ibnu Rajab hadis nombor 32. Hadis tersebut disahihkan Syaikh Albani dalam Silsilah Shahihah : 1/498-501.

Oleh itu, jika perokok itu degil sekalipun, hendaklah dia memikirkan tentang orang sekelilingnya yang terdedah kepada bahaya jika dia merokok.

  • Hadis lain
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ يُرِيدُ الثُّومَ فَلَا يَغْشَانَا فِي مَسَاجِدِنَا قُلْتُ مَا يَعْنِي بِهِ قَالَ مَا أُرَاهُ يَعْنِي إِلَّا نِيئَهُ وَقَالَ مَخْلَدُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ إِلَّا نَتْنَهُ
Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Juraij berkata, telah mengabarkan kepadaku 'Atha berkata, "Aku mendengar Jabir bin 'Abdullah berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa memakan dari pohon ini (maksudnya bawang putih) maka hendaklah dia tidak mendatangi kami di masjid-masjid kami." Aku bertanya, "Apa yang beliau maksudkan itu?" Maka Jabir menjawab, "Aku tidak melihat maksud beliau yang lain kecuali yang mentah (belum dimasak)." Makhallad bin Yazid menyebutkan dari Ibnu Juraij, "Kecuali yang mentah."
(Riwayat Bukhari:807)

 رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الْبَقْلَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسَاجِدَنَا حَتَّى يَذْهَبَ رِيحُهَا يَعْنِي الثُّومَ
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah bersabda, "Barangsiapa makan dari sayur mayur ini, maka janganlah dia mendekati masjid kami hingga baunya hilang. Maksudnya adalah sayuran bawang putih."
(Riwayat Muslim:871)

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ فَلَا يَقْرُبْ مَسَاجِدَنَا يُؤْذِينَا بِرِيحِ الثُّومِ
Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab dari Sa'id bin Musayyab Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa makan pohon ini (bawang), janganlah mendekati masjid kami, karena baunya dapat mengganggu kami."
(Riwayat Malik: 27)


Maksud hadis bawang di atas dan kaitannya dengan merokok?

Rasulullah tidak mengharamkan kita memakan bawang, tetapi baginda melarang apabila memakannya terus sahaja datang ke masjid tanpa menghilangkan baunya terlebih dahulu. Ini kerana baunya itu mengganggu orang yang ingin solat. Oleh itu, Rasulullah menyuruh supaya menghilangkan baunya terlebih dahulu sebelum ke masjid dan memasaknya terlebih dahulu supaya baunya mudah dihilangkan.
Kaitannya dengan merokok ialah baunya yang kurang menyenangkan lagi busuk. Amat mengecewakan apabila ada di antara perokok yang terus sahaja masuk ke dalam masjid tanpa menyedari bau busuk mulutnya itu mengganggu jemaah lain.

3. Kaedah Islam (Usul Fiqh).

 "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan"
Ertinya: "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan"
(Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Merokok terbukti membawa kemudaratan, oleh itu hendaklah di tolak sedaya upaya dan kemampuan. Bukan dengan sambil lewa memperlekehkan hukum agama.

4. Rujukan Fatwa Ulama'.

  • Ulama kontemporari yang mengatakan demikian adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar.
( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah)

  • Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi.
(Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methanol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya.
( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )

Kesimpulannya:

Hendaklah berhenti daripada perbuatan ini dan memohon ampun daripada Allah.

 وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
(al-Ma'idah ayat 2)

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(al-Baqarah ayat 42)

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasihati supaya menetapi kesabaran.
(al-Asyr ayat 2-3)

Sekian,
Wallahualam.

Rujuk:

Selingan:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code

Responsive Advertisement