Assalamu’alaikum,
Bagi setiap individu, mereka mempunyai erti perjuangan masing-masing. Begitu juga bagi setiap kumpulan-kumpulan yang wujud didunia ini. Mereka memperjuangkan hak mereka, kebebasan mereka, ideologi mereka dan agama mereka. Namun tulisan saya ini hanya menyentuh sekitar perjuangan mempertahankan agama khususnya agama Islam kerana bagi saya memperjuangkan agama Islam adalah perjuangan yang paling hakiki dan mulia di sisi Allah swt. Agama Islam adalah agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan kita bukan seperti agama lain yang hanya meliputi kehidupan manusia dari segi adat dan ritual keagamaan sahaja. Islam meliputi kehidupan kita dari setiap aspek sama ada perundangan, pemerintahan, perdagangan jual beli, pemakanan, kebersihan diri dan lain-lain lagi. Inilah salah satu bukti atau dalil yang membuat saya menerima Islam sebagai agama yang hanya diterima Allah swt. Sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah ayat ketiga:
3. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sabda Nabi Muhammad saw:
أَخْبَرَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي الْمُرَاوِحِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَجِهَادٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Telah mengabarkan kepada kami Ja'far bin 'Aun telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari Abu Al Murawih dari Abu Dzarr ia berkata; Ada seseorang bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ia pun mengatakan; Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: "Iman kepada Allah dan berjihad fi sabilillah."
(Sunan Ad-Darimi:2621)
Bagi sesiapa yang menyedari, apa yang berlaku sekarang ini amat menyedihkan. Agama Islam begitu banyak di tentang oleh musuh-musuhnya. Jika pada zaman dahulu Islam telah ditentang dengan peperangan iaitu secara fizikalnya, namun apa yang terjadi sekarang Islam ditentang secara ideologi dan propaganda. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سُنَّةَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بَاعًا بِبَاعٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ وَشِبْرًا بِشِبْرٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَدَخَلْتُمْ فِيهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ إِذًا
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun dari Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sungguh, kalian akan mengikuti jalan (cara hidup) orang-orang sebelum kalian sedepa demi sedepa, sehasta demi sehasta dan sejengkal demi sejengkal, sehingga sekiranya mereka masuk ke lubang biawak sungguh kalian juga akan mengikuti mereka." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka orang-orang Yahudi dan Nasrani?" beliau menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka."
(Sunan Ibn Majah:3984)
Berdasarkan hadis ini, kita dapat melihat realiti sekarang yang mana pengaruh-pengaruh luaran dari syariat Islam tersebar luas terutama dalam kalangan golongan muda. Dari segi pemakaiannya yang dikatakan fesyen terkini, dari segi pergaulan ikhtilatnya yang dikatakan dunia tanpa sempadan, dari segi perundangan yang dikatakan hak kebebasan, dari segi jual beli yang dikatakan halal walaupun haram dan lain-lain lagi. Orang-orang yang dikatakan Islam ini begitu jahil dan bodoh begitu mudah terpengaruh dengan pengaruh jahiliyah kerana tidak menggunaka akal mereka dengan sempurna. Mereka menganggap syariat Islam hanya diturunkan untuk zaman dahulu sahaja dan tidak lagi relezan untuk diguna pakai sekarang. Mereka berkata demikian kerana sama ada mereka begitu malas dan kurang akal untuk mengkaji tentang Islam atau terdapat segelintir golongan agamawan yang menggunakan nama agama untuk menghalalkan sesuatu perkara yang nyata haram demi kepentingan peribadi mereka sahaja. Mereka takut periuk nasi yang selama ini mereka harapkan pecah kerana menyatakan kebenaran. Inilah perjuangan namanya.
Amat menghairankan apabila Islam dipijak-pijak dan dipandang jumud, terdapat golongan tertentu yang amat bersemangat mempertahankannya sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya. “Allahuakhbar!”, jerit mereka penuh semangat sambil ditangan mereka memegang sepuntung rokok kemudian menghisapnya dengan penuh bangga tanda kematangan dan bergayanya mereka. Inilah perjuangan namanya. Apabila muncul satu isu kontroversi yang mempermainkan agama Islam mereka terus melenting bangun lalu mereka pun pulang ke rumah ‘terlupa’ untuk mendirikan solat sama ada berjemaah atau tidak. Inilah perjuangan namanya. Terdapat juga golongan kononnya beragama tetapi hakikatnya mereka mempertahankan bid’ah dalam agama Islam. Dengan beralasan “ini perkara baik,apa salahnya” dan “bid’ah hasanah” serta mengatakan ini perkara kecil sahaja. Apakah mereka tidak tahu perkara kecil inilah yang boleh merosakkan agama Islam. Golongan agamawan pula menyokong mereka dengan dalil dan hujah yang menyimpang tetapi malangnya orang yang jahil menyokong mereka dengan bertaklid buta tanpa sebarang soalan. Inilah perjuangan namanya.
Firman Allah:
Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
(Surah al Kahfi:17)
Begitulah, hidayah itu milik Allah dan Dia berkehendaki akan siapa yang diberikan atau ditarik hidayah-Nya. Berdoalah kita sentiasa agar diberikan hidayah dan jalan yang lurus sebagaimana yang selalu kita baca di dalam solat,
Tunjukilah kami jalan yang lurus
(Surah al Fatihah:6)
Wahai saudaraku, jauhilah daripada sikap orang-orang fasik. Orang-orang yang hanya berlakon di atas nama agama sahaja tanpa mengamalkan dengan bersungguh-sungguh. Sebagaimana yang Allah nyatakan dalam al Qur’an:
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.
(Surah al Baqarah:26)
Orang fasik ialah orang yang mengingkari perintah Allah meskipun mengakui beragama Islam.
Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah didalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.
(Surah al Ma’idah:47)
Mereka juga orang yang lupa kepada Allah.
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.
(Surah al Hasyr:19)
Cukuplah disini saya menerangkan tentang orang-orang yang fasik. Islam perlu dipertahankan bukan dari zahirnya sahaja, tetapi dari segi penyampaian syariatnya. Itulah yang perlu difahami dengan sebetulnya. Ramai orang melihat hanya dari konteks luaran sahaja. Kerana itulah umat Islam sekarang dipijak-pijak oleh kaum lain, kerana umat Islam sekarang hanya umat Islam sekarang hanya ‘Islam atas kertas’ sahaja. Mereka lupa akan perintah dan larangan Allah. Ada juga golongan tertentu yang memutar belitkan hukum agama demi kepentingan peribadi lantas orang-orang awam yang jahil tentang agama turut terperangkap dengan belitan syaitan.
Tuntutlah ilmu dengan mendalam. Dan janganlah mengamalkan Islam secara separuh-separuh tanpa usaha yang gigih. Allah Maha Mengetahui akan setiap hamba-Nya. Bagi yang tidak berkemampuan, usahalah semampu yang boleh. Sebarkanlah dakwah walaupun sekecil zarah kepada orang lain.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beramal soleh, berpesan-pesan ke arah kebaikan dan berpesan-pesan ke arah kesabaran.
(Terjemahan maksud surah al Ahsr)
Wallahualam.
0 Ulasan